Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPRM panggil Sivakumar - Laporan
Diterbitkan:  Apr 16, 2023 2:50 PM
Dikemaskini: 7:48 AM

SPRM telah memanggil Menteri Sumber Manusia V Sivakumar untuk merekodkan kenyataannya kepada penyiasat berhubung siasatan rasuah terhadap kelulusan pekerja asing.

Dia dilaporkan pergi ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 10 pagi ini untuk menjawab soalan berhubung kes itu, yang menyaksikan dua pembantu menteri itu ditahan awal minggu ini.

"Ya, dia tiba jam 10 pagi. Kami memanggilnya untuk merakam kenyataannya," kata sumber SPRM, seperti dipetik portal berita The Vibes dalam laporannya.

Malaysiakini telah menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki untuk pengesahan dan butiran lanjut mengenai perkara itu.

Adalah dipercayai bahawa menteri itu dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan terhadap dakwaan rasuah yang turut melibatkan agensi pengambilan pekerja asing.

Siasatan agensi antirasuah itu telah membawa penyiasat untuk menyerbu pejabat kementerian di Putrajaya pada Khamis, di mana SPRM turut menahan seorang pegawai kanan menteri DAP itu.

Sehari kemudian, SPRM menahan setiausaha sulit Sivakumar berhubung siasatan rasuah itu.

Dia ditahan reman bagi membantu siasatan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS