Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bekas MP India, abang dibunuh di Uttar Pradesh
Diterbitkan:  Apr 16, 2023 1:46 PM
Dikemaskini: 5:46 AM

GLOBAL | Seorang bekas ahli parlimen India, Atiq Ahmed dan abangnya dibunuh di Uttar Pradesh lewat Sabtu dan insiden pembunuhan berjaya dirakam kamera televisyen, lapor Agensi Anadolu.

Atiq Ahmed dilaporkan berada di bawah tahanan polis dan dibawa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bersama abangnya, Khalid Azim, alias Ashraf, bekas penggubal undang-undang.

Sekurang-kurangnya dua lelaki bersenjata bertindak melepaskan tembakan dari jarak dekat ketika Ahmed bercakap dengan wartawan di Prayagraj.

Media tempatan melaporkan bahawa adik beradik itu dibawa ke Prayagraj beberapa hari lalu, membabitkan kes pembunuhan seorang peguam pada Februari.

Akhbar The Hindu melaporkan bahawa Ahmed, bekas samseng yang kemudian menjadi ahli politik, menghadapi lebih 100 pertuduhan jenayah dan merupakan antara ahli politik Uttar Pradesh pertama disabitkan di bawah Akta Gangster pada akhir 1980-an.

Mahkamah di Uttar Pradesh mendapati Ahmed dan dua lagi tertuduh bersalah dalam kes penculikan pada Mac lalu dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Pegawai tertinggi polis di Prayagraj, Ramit Sharma memberitahu wartawan tiga penyerang yang menyamar sebagai petugas media telah ditangkap dan siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan.

- Bernama-Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS