Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

GLOBAL | Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda Pulau Jawa, Indonesia pada Jumaat, menurut agensi geofizik negara itu BMKG.

Gempa bumi terbabit direkodkan pada kedalaman 632 kilometer kira-kira 68 kilometer dari barat laut Tuban di wilayah Jawa Timur.

Gempa bumi berlaku pada 4.55 petang waktu tempatan, bagaimanapun tiada risiko tsunami dilaporkan.

Gegaran turut dirasai Surabaya, Denpasar, Semarang, Yogyakarta, Sukabumi dan sehingga ke Jakarta.

Satu lagi gempa bumi berukuran 5.5 pada skal Richter turut menggegarkan Bangkalan di Jawa Timur pada 5.37 petang, menyebabkan penduduk panik dan melarikan diri dari kediaman masing-masing.

Tiada laporan mengenai kemalangan jiwa setakat ini, dan pihak berkuasa sedang mengumpul maklumat mengenai kerosakan harta benda.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS