Paling Popular
Terkini

Syarikat pengimport telur, J&E Advance Tech Sdn Bhd memfailkan saman fitnah terhadap bekas Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali berhubung dakwaan bahawa ahli perniagaan Deepak Jaikishan mendapat kontrak untuk mengimport telur menerusi rundingan terus.

Dalam kenyataan hari ini, peguam syarikat itu, Elyse Ng Zi Qian mengesahkan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dua hari lalu.

Pada 3 April lalu, J&E Advance Tech menghantar surat undang-undang kepada bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu, menuntut ganti rugi RM20 juta.

Menurut salinan pernyataan tuntutan, syarikat itu menuntut ganti rugi am, teladan, teruk dan pampasan daripada Azmin.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS