Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Mahkamah mencadangkan supaya Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad meneroka kaedah mediasi dalam usaha untuk cuba menyelesaikan saman fitnah terhadap satu sama lain.

Peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman yang mewakili Zahid mengesahkan kepada Malaysiakini mengenai status tindakan sivil dua veteran politik itu.

Zahid menyaman Mahathir atas dakwaan bahawa plaintif (Zahid) telah bertemu defendan (Mahathir) untuk cuba memihak kepada Mahathir kerana Zahid menjangkakan dia akan menghadapi pertuduhan jenayah.

Shahrul berkata perkembangan ini dimaklumkan kepada Mahkamah Tinggi semasa pengurusan kes saman sivil Zahid terhadap Mahathir awal hari ini.

Gambar hiasan.

Peguam bersama Intan Hanis Afiqah Razali mewakili Zahid manakala peguam Mior Nor Haidir Suhaimi mewakili Mahathir semasa prosiding kamar di hadapan timbalan pendaftar mahkamah Nor Afidah Idris.

Berhubung kes saman Zahid terhadap Mahathir hari ini, Shahrul menjelaskan bahawa mahkamah telah menasihatkan dua ahli politik veteran itu untuk merujuk saman tersebut kepada Pusat Mediasi juga.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Mior turut mengesahkan cadangan mahkamah mengenai cara mediasi itu.

Difailkan pada April tahun lepas, saman fitnah Zahid atas kenyataan Mahathir semasa sidang media di Putrajaya dua bulan sebelum itu pada 23 Feb.

Mahathir menjawab soalan jika Zahid pernah bertemu dengannya semasa beliau menjadi perdana menteri untuk membincangkan kes-kes mahkamah rasuahnya.

Pertemuan itu dilaporkan berlaku sebelum Mahathir memegang jawatan pada 2018 apabila dia berkata dia mendapat sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri.

Pada Julai tahun lepas, Mahathir pula memfailkan tindakan saman berhubung kenyataan fitnah Zahid semasa berucap pada mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.

Kedua-dua saman fitnah itu akan dikemukakan untuk pengurusan kes selanjutnya di hadapan Mahkamah Tinggi pada 14 Julai.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS