Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PSM cadang bantuan bulanan RM500 kepada warga emas tiada pencen

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menggesa kerajaan melaksanakan skim bantuan kewangan kepada warga emas yang tidak mempunyai pencen.

Mereka menyarankan warga emas berumur 65 tahun ke atas diberikan elaun bulanan RM500 sehingga meninggal dunia.

Pengerusi PSM Michael Jeyakumar berkata kerajaan mampu melaksanakan skim ini kerana ia hanya memerlukan kos tahunan RM10.8 billion.

“Belanjawan kita untuk 2023 hampir RM390 billion. 

“Skim ini kurang daripada tiga peratus daripada keseluruhan belanjawan,” kata Jeyakumar dalam sidang media berkaitan kempen itu di Kuala Lumpur hari ini.

PSM menganggarkan kira-kira 2.3 juta atau 56 warga emas di negara ini tidak mempunyai pencen atau mendapat perlindungan kewangan daripada kerajaan.Menurut parti itu, kebanyakan mereka bergantung kepada saudara terdekat untuk bantuan kewangan.

“Ia juga sekali gus meringankan beban yang sedang ditanggung oleh anak-anak.

“Kumpulan ini tidak patut lagi diabaikan oleh kerajaan,” kata Jeyakumar.

M40 pun tak mampu pencen

Sementara itu, Jayanath Appudurai daripada kumpulan Saya Anak Bangsa Malaysia pula berkata skim itu dapat menyelesaikan tuntutan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh pencarum.

Katanya, ramai pencarum tidak dapat mencapai sasaran persaraan asas sebanyak RM240,000 menjelang umur 55 tahun.

Lebih teruk lagi, katanya, separuh daripada pencarum hanya mempunyai simpanan hanya RM10,000 selepas bersara.

“Bukan sahaja B40, M40 juga tidak mampu untuk bersara,” katanya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS