Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Muda mohon mahkamah isytihar SPRM tiada kuasa siasat hakim SRC

Muda memohon perisytiharan mahkamah bahawa SPRM tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat hakim yang mendengar kes rasuah SRC International RM42 juta bekas perdana menteri Najib Razak.

Peguam mewakili parti politik itu, Lim Wei Jiet mengesahkan kepada media bahawa saman pemula itu difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dua hari lalu.

Muda meminta mahkamah mengiystiharkan SPRM tidak mempunyai kuasa dan/atau bidang kuasa untuk menyiasat dan/atau mencapai keputusan atau pandangan bahawa hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang sedang berkhidmat dan telah melanggar Kodd Etika Hakim 2009 dan/atau berada dalam konflik kepentingan dalam mengetuai kes mahkamah tertentu.

Selain itu, Muda juga memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa dapatan dan/atau pandangan SPRM - bahawa hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah melanggar Kod Etika Hakim 2009 dan/atau mempunyai konflik kepentingan dalam mengetuai kes rasuah SRC International Najib - adalah menyalahi undang-undang dan/atau melanggar perlembagaan

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS