Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Shafee gagal dapat kebenaran fail tuntutan balas RM9.41 juta terhadap LHDN
Diterbitkan:  Apr 13, 2023 3:16 PM
Dikemaskini: 7:16 AM

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pagi ini menolak kebenaran terhadap Muhammad Shafee Abdullah untuk membuat tuntutan balas terhadap kerajaan berhubung dakwaan pembayaran tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM9.41 juta terhadapnya.

Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain dalam keputusannya berkata, sebarang ketidakpuasan berhubung pengiraaan tunggakan cukai perlu didengar dan diputuskan di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT).

Shafee membangkitkan dakwaan bahawa SPRM dan Jabatan Peguam Negara (AGC) berniat jahat (mala fide) apabila membuat pengiraan cukai RM9.41 juta terhadap peguam veteran itu. .

Dalam menolak permohonan Shafee, selepas membenarkan bantahan kerajaan Malaysia melalui LHDN, Roz Mawar turut memerintahkan Shafee supaya  membayar kos RM5,000.

Menerusi tuntutan balas itu, Shafee mendakwa saman tunggakan cukai itu dimulakan terhadapnya selepas dia  bertindak sebagai peguam kepada bekas perdana menteri Najib Razak, yang berdepan banyak kes jenayah yang dikaitkan dengan 1MDB.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS