Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Persatuan cadang usia persaraan dinaikkan kepada 65 tahun
Diterbitkan:  Apr 9, 2023 3:54 PM
Dikemaskini: 7:54 AM

Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) mencadangkan pekerja dibenarkan untuk bekerja secara rela sehinga berusia 65 tahun.

Penasihat tenaga keraja SPCAAM Callistus Antony D’Angelus membangkitkan isu pengeluaran KWSP yang hangat diperkatakan, yang menurutnya menunjukkan ramai pekerja akan mendapat manfaat daripada pendekatan yang anjal.

"Mereka tidak sepatutnya diwajibkan bersara ataupun dimestikan bekerja.

"Bagi mereka yang terus bekerja melangkaui usia persaraan sekarang, ia tidak sepatutnya melibatkan pekerjaan berdasarkan kontrak kerana ia meningkatkan risiko amalan tempat kerja yang bahaya dan bersifat eksploitasi," katanya.

D’Angelus berkata langkah itu akan membolehkan orang bekerja sehingga berusia 65 tahun dan justeru meringankan beban ekonomi mereka dan juga negara.

"Pekerja swasta yang bergantung kepada simpanan dalam KWSP ketika persaraan nanti, kini sangat tercabar.

"Baru-baru ini EPF melaporkan seramai 51.5 peratus anggotanya yang berusia 55 tahun ke bawah ada simpanan kurang RM10,000.

"Ini bermakna Malaysia sedang menuju krisis sosioekonomi yang serius melibatkan warga yang telah bersara pada masa akan datang," katanya.

D’Angelus memetik Bahagian Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa jangka hayat untuk lelaki dan juga wanita telah meningkat dari 46.5 tahun pada 1950 kepada 71.7 tahun pada 2022.

"Dalam tempoh sama, jangka hayat di Malaysia meningkat dari 52.8 tahun kepada 76.51 tahun," katanya.

Justeru, katanya lagi, ramai yang panjang umur dan berdepan kesukaran untuk menyara kehidupan di hari tua.

"Jika orang bekerja dan dapat pendapatan yang baik, mereka boleh berbelanja lebih dan mewujudkan stimulus untuk pertumbuhan ekonomi.

"Sebaliknya, di mana orang tidak cukup secara ekonomi untuk menyara hidup sebaik sahaja mereka bersara, beban itu dirasakannya secara peribadi dan secara umum oleh ekonomi negara," katanya lagi.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS