Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) menjadi parti terbaru diterima sebagai parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Setiausaha Agung GRS Masidi Manjun.

Masidi berkata Majlis Tertinggi GRS yang bermesyuarat petang semalam telah sebulat suara meluluskan permohonan kedua-dua parti tempatan itu menyertai gabungan itu.

“GRS kini mempunyai tujuh ahli (parti), “ katanya dalam kenyataan ringkas malam tadi.

Selain LDP dan PHRS, parti komponen GRS lain ialah Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno).

LDP ditubuhkan pada 1989 dan kini diketuai oleh Presiden Chin Su Phin, bekas senator Dewan Negara (2011-2014) dan bekas presiden Chong Kah Kiat ialah ketua menteri Sabah ke-13.

PHRS pula ditubuhkan pada 2016 dan kini diketuai oleh presiden Liew Yun Fah, bekas menteri belia dan sukan Sabah (2014).

GRS dipimpin ketua menteri Sabah yang juga presiden Gagasan Rakyat Hajiji Noor, sejak pembentukan gabungan berkenaan ketika PRN pada September 2020.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS