Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP kerajaan dominasi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Diterbitkan:  Apr 4, 2023 9:50 PM
Dikemaskini: 1:50 PM

Ahli parlimen kerajaan menguasai sebahagian besar tempat dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) yang ditubuhkan dalam langkah yang dilihat mencerminkan kedudukan parti-parti politik di parlimen.

Setiap PSSC mempunyai sembilan ahli dengan enam daripadanya - atau dua per tiga - adalah wakil blok kerajaan. Untuk rekod kerajaan kini menguasai dua per tiga kerusi di Dewan Rakyat.

Sementara itu, PN mempunyai tiga ahli sebagai wakil gabungan itu pada setiap PSSC.

Secara keseluruhan, kerajaan mempunyai 60 ahli parlimen dalam PSSC, manakala PN seramai 30.

Ahli parlimen memaklumkan kepada Malaysiakini bagi setiap PSSC anggotanya akan menentukan sendiri siapa yang akan dilantik sebagai pengerusi.

Dijangkakan akan ada ahli parlimen PN diberikan tanggungjawab mengetuai sebahagian daripada PSSC terbabit.

Semasa kerajaan dipimpin Ismail Sabri Yaakob, empat daripada sembilan PSSC yang ditubuhkan diketuai ahli parlimen PH - yang ketika itu menjadi pembangkang - hasil daripada memorandum persefahaman yang ditandatangani kedua-dua pihak sebelumnya.

Kerajaan sekarang tidak mempunyai sebarang perjanjian atau persefahaman dengan pembangkang.

Putrajaya pula mendakwa pembangkang tidak menghulurkan tangan untuk mengusahakan sebarang persefahaman - termasuk berhubung isu peruntukan sama rata buat semua ahli parlimen.

Setakat ini, daripada semua jawatankuasa yang ada di bawah parlimen, hanya Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sahaja yang diketuai pembangkang.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin hari ini diumumkan dilantik mengetuai PAC.

PSSC ditubuhkan bagi memastikan pihak eksekutif bertanggungjawab dalam setiap keputusan yang diambil.

Bulan lalu parlimen meluluskan garis panduan baru yang memberikan PSSC kuasa pengawasan yang lebih kukuh.

Ini termasuk memberi kuasa kepada PSSC untuk memanggil penjawat awam supaya hadir di hadapan mereka dan memberi keterangan. Penjawat awam yang dipanggil pula diwajibkan hadir.

Garis panduan itu juga memberi perlindungan kepada saksi daripada dihukum oleh pihak atasan kerana memberikan keterangan yang benar dan tepat kepada jawatankuasa berkenaan.

Seseorang menteri pula tidak boleh menghalang PSSC daripada menyiasat apa-apa yang dirasakan perlu di bawah bidang kuasanya.

Berikut adalah senarai keanggotaan 10 PSSC yang ditubuhkan:

Kewangan dan Ekonomi

- Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar)
- Jimmy Puah (PH-Tebrau)
- Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya)
- Wilfred Madius Tangau (PH-Tuaran)
- Teresa Kok (PH-Seputeh)
- Chong Zemin (PH-Kampar)
- Mohd Radzi Jidin (PN-Putrajaya)
- Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok)
- Awang Hashim (PN-Pendang)

Kesihatan

- Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor)
- Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah)
- Young Syefura Othman (PH-Bentong)
- Oscar Ling (PH-Sibu)
- Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat)
- P Prabakaran (PH-Batu)
- Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat)
- Dr Alias Razak (PN-Kuala Nerus)
- Dr Zulkafperi Hanafi (PN-Tanjong Karang)

Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian

- Cha Kee Chin (PH-Rasah)
- Edwin Banta (GPS-Selangau)
- Jeffrey Kitingan (GRS-Keningau)
- Manndzri Nasib (BN-Tenggara)
- Tan Kar Hing (PH-Gopeng)
- Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang)
- Ronald Kiandee (PN-Beluran)
- Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu)
- Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar)

Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi

- Abdul Yusof Wahab (GPS-Tanjong Manis)
- Wee Ka Siong (BN-Ayer Itam)
- Matbali Musah (GRS-Sipitang)
- V Ganabatirau (PH-Klang)
- Tan Hong Pin (PH-Bakri)
- Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju)
- Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor)
- Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas)

Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia

- Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol)
- Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan)
- Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar)
- M Kulasegaran (PH-Ipoh Barat)
- Chong Chieng Jen (PH-Stampin)
- Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau)
- Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota)
- Idris Ahmad (PN-Bagan Serai)
- Ismail Abd Muttalib (PN-Maran)

Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat

- Yeo Bee Yin (PH-Puchong)
- Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera)
- Suhaimi Nasir (BN-Libaran)
- Mohamad Shafizan (GPS-Batang Lupar)
- Rodziah Ismail (PH-Ampang)
- Siti Zailah (PN-Rantau Panjang)
- Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat)
- Halimah Ali (PN-Kapar)

Alam Sekitar, Sains dan Perladangan

- Vivian Wong (PH-Sandakan)
- Chow Yu Hui (PH-Raub)
- Ngeh Koo Ham (PH-Beruas)
- Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong)
- Larry Sng (PBM-Julau)
- S Kesavan (PH-Sungai Siput)
- Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian)
- Ahmad Amzad Mohamed (PN-Kuala Terengganu)
- Azman Nasrudin (PN-Padang Serai)

Keselamatan

- Jonathan Yasin (GRS-Rantau)
- Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan)
- Anyi Ngau (GPS-Baram)
- Lim Lip Eng (PH-Kepong)
- Pang Hok Liong (PH-Labis)
- Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang)
- Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu)
- Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah)
- Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh)

Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa

- Wong Chen (PH-Subang)
- Andi Muhammad Suryady Bandy (BN-Kalabakan)
- Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo)
- Kelvin Yii (PH-Bandar Kuching)
- Howard Lee (PH-Ipoh Timur)
- Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading)
- Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu)
- Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang)
- Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi)

Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi

- Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka)
- Richard Riot (GPS-Serian)
- William Leong (PH-Selayang)
- RSN Rayer (PH-Jelutong)
- Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud)
- Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam)
- Shahidan Kassim (PN-Arau)
- Zahari Kechik (PN-Jeli)
- Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut)


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS