Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Permohonan SRC Najib ditolak: Penghakiman penuh majoriti, menentang

Pada Jumaat lalu, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan Najib Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42, dengan keputusan 4-1.

Keputusan majoriti itu dibuat oleh empat panel, iaitu hakim Mahkamah Persekutuan Vernon Ong Lam Kiat, Rhodzariah Bujang dan Nordin Hassan serta hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.

Pengerusi panel, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli pula membuat penghakiman menentang, dengan berpandangan permohonan semakan Najib sepatutnya dibenarkan.

Berikut adalah dasar penghakiman penuh majoriti dan menentang, seperti yang dimuat naik di laman web rasmi kehakiman.

Penghakiman majoriti:

Penghakiman menentang:


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS