Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lepas 54 hari, bayi gempa bumi Turkiye disatukan dengan ibu
Diterbitkan:  Apr 3, 2023 12:14 PM
Dikemaskini: 4:14 AM

Seorang bayi yang diselamatkan daripada runtuhan akibat gempa bumi yang melanda selatan Turkiye disatukan dengan ibunya pada Sabtu, kira-kira 54 hari selepas bencana itu.

Vetin Begdas, tiga setengah bulan, yang panggil “Mystery” (Gizem dalam bahasa Turkiye) diselamatkan di wilayah Hatay 128 jam selepas gempa bumi melanda negara itu pada 6 Februari. Bayi itu kemudian dipindahkan ke hospital di Ankara.

Menteri Keluarga dan Perkhidmatan Sosial Derya Yanik menyatukan semula bayi itu dengan ibunya Yasemin Begdas di wilayah Adana, tempat bayi itu sedang menerima rawatan, menurut Agensi Anadolu.

Bayi dan ibu itu disatukan selepas ujian DNA dijalankan. Bapa dan dua abangnya terkorban dalam gempa bumi yang turut meragut lebih 50,000 nyawa. 

"Hakikat bahawa bayi itu terselamat dan tidak mempunyai masalah kesihatan menarik perhatian kami dan ia suatu keajaiban," kata Yanik.

- Bernama-Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS