Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Peguam Negara hari ini memohon agar perbicaraan yang dijadualkan membabitkan Najib Razak dan Mohd Irwan Serigar Abdullah ditangguhkan ekoran ada "perkembangan baru".

Permohonan tersebut dikemukakan timbalan pendakwa raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi kepada Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Sepatutnya hakim Muhammad Jamil Hussin dijadual mendengar perbicaraan penuh bekas perdana menteri merangkap menteri kewangan itu serta bekas ketua setiausaha perbendaharaan.

Menurut Hashim ada surat representasi dikemukakan Mohd Irwan dan ia sedang diteliti Peguam Negara.

Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata dan K Kumaraendran (Mohd Irwan) kemudian memberitahu mahkamah mereka tidak membantah permohonan pihak pendakwaan.

Mahkamah terbabit sepatutnya mendengar perbicaraan penuh Najib dan Mohd Irwan mulai hari ini sehingga 6 April.

Jamil kemudian mengosongkan perbicaraan yang dijadualkan itu.

Dia juga menetapkan 29 Mei depan untuk sebutan bagi pihak pendakwaan mengemas kini sama ada pertuduhan terhadap Najib dan Irwan akan ditarik balik atau sebaliknya.

Najib juga hantar surat

Pada 27 Feb, Kementerian Kewangan - kini diterajui Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Anwar Ibrahim - mengumumkan bahawa IPIC Abu Dhabi dan unitnya Aabar Investments PJS bersetuju untuk membayar AS$1.8 bilion (RM8.06 bilion) untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang yang melibatkan 1MDB.

Dalam prosiding mahkamah terbuka pagi ini, Hashim berkata pihak pendakwaan memohon penangguhan bagi menimbangkan surat representasi Mohd Irwan.

Dalam surat representasi, pihak yang didakwa mencadangkan cara untuk menyelesaikan kes berkenaan, seperti melalui penarikan balik pertuduhan, atau pertuduhan yang lebih rendah dikemukakan.

Hashim berkata, peguam negara menerima surat representasi Mohd Irwan dan memohon penangguhan perbicaraan supaya pendakwaan boleh meneliti sebelum memutuskan sama ada membenarkannya atau tidak.

Muhammad Shafee Abdullah

“Ia (surat representasi Mohd Irwan) telah dirujuk kepada peguam negara dan arahannya (kepada pasukan pendakwaan untuk memohon perbicaraan di mahkamah) adalah supaya perkara itu ditangguhkan sementara menunggu sebarang keputusan dibuat.

"Dalam surat representasi itu, banyak perkembangan baru dipetik oleh pasukan pembelaan sebelum peguam negara boleh membuat keputusan," kata Hashim.

Timbalan pendakwa raya menambah pihaknya turut menerima surat daripada pasukan pembelaan Najib yang meminta agar perbicaraan dikosongkan.

Sementara itu, Shafee mengesahkan bahawa pasukan peguam bela Najib pada 20 Mac telah menulis surat kepada mahkamah untuk memohon penangguhan perbicaraan.

“Kami mendapati (maklumat) konkrit bahawa terdapat perbincangan sedang dibuat melibatkan penyelesaian (AS$1.8 bilion) antara IPIC dan kerajaan Malaysia, yang melibatkan dana sama seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan sekarang (terhadap Najib).

“Jadi tanpa memberi maklumat lanjut memandangkan perkara itu agak sensitif, kami memohon agar kes itu ditangguhkan supaya perbincangan (antara IPIC dan Malaysia) dapat berjalan dengan lancar,” kata Shafee.

Gambar fail

Peguam itu berkata barisan peguam Najib akan menulis surat representasi baru kepada Jabatan Peguam Negara berhubung perkembangan terkini itu, dan menambah surat terdahulu yang dikeluarkan lebih dua tahun lalu telah ditolak oleh peguam negara.

Tambah Shafee lagi mereka juga memohon penangguhan perbicaraan IPIC berikutan perbicaraan rasuah RM2.28 bilion yang sedang dijalankan terhadap Najib yang melibatkan isu serupa.

Jelasnya perbicaraan 1MDB - yang kini dibicarakan di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur - berjalan agak lama dan pihak pendakwaan dijangka menyelesaikan kes itu menjelang Jun tahun ini.

Kes semasa terhadap Najib dan Irwan terutamanya berkisar tentang urusan 1MDB dengan IPIC, terutamanya penyelesaian 2017 antara kedua-dua pihak apabila syarikat pelaburan negara yang bermasalah itu membayar AS$1.2 bilion kepada syarikat milik kerajaan Abu Dhabi.

[Baca laporan penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS