Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemuda Umno umum ketua dan naib ketua negeri
Diterbitkan:  Mar 31, 2023 4:18 PM
Dikemaskini: 8:18 AM

Pemuda Umno mengumumkan barisan ketua peringkat negeri bagi 2023 hingga 2026.

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata, keputusan itu dicapai selepas mengambil kira pelbagai cadangan dan pertimbangan.

Perkembangan ini hadir seminggu selepas Akmal melantik Hafiz Ariffin sebagai setiausaha, Mohd Naim Kurniawan Moktar sebagai bendahari dan Mohammad Sollehin Mohamad Tajie sebagai ketua penerangan bagi sayap pemuda.

Adun Merlimau itu mengucapkan tahniah kepada semua yang dilantik.

“Harapan saya, semoga pelantikan ini akan dapat mengukuhkan institusi Pemuda (Umno) di setiap negeri dan sekaligus dapat menarik lebih lebih ramai golongan muda untuk bersama," katanya seperti dipetik UmnoOnline.

Senarai ketua dan naib ketua Pemuda Umno negeri yang dilantik adalah seperti berikut:

Perlis
Ketua:
Saiful Fariddil Jasmi
Naib ketua: Abdul Razak Abdul Rahim

Kedah
Ketua:
Mohd Raqib Abu Hassan
Naib ketua: Muhamad Jasnizam Muhamad Husni

Pulau Pinang
Ketua:
Mohd Hilmi Elias
Naib ketua: Muhammad Yusuf Abdul Ghani

Perak
Ketua:
Nazirul Jamaluddin
Naib ketua: Fahmi Ahmad Jakhisi

Kelantan
Ketua:
Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani
Naib ketua: Mohd Sharizal Semsuddin

Terengganu
Ketua:
Tengku Haphiz Tengku Putera
Naib ketua: Mohd Rozaini Mohd Rasli

Pahang
Ketua:
Mohd Kamil Ibrahim
Naib ketua: Wan Mohamad A'zam Wan Rosdy

Selangor
Ketua:
Mohd Imran Tamrin
Naib ketua: Mohd Shaffie Omar

Wilayah Persekutuan
Ketua:
Datuk Aliff Firdaus Abd. Hadi
Naib ketua: Mohd Zamri Mahamud

Negeri Sembilan
Ketua:
Mohamad Fadil Md.Zin
Naib ketua: Norazizan Ramly

Melaka
Ketua:
Abdul Hakim Abdul Wahid
Naib ketua: Muhammad Farouq Mustafa

Johor
Ketua:
Noor Azleen Ambros
Naib ketua: Mohammad Aswad Ithnain


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS