Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Nota editor: Laporan ini telah disunting selepas peguam memberitahu dia menamakan wanita yang salah. Bagaimanapun, berikutan faktor keselamatan, kami membuat keputusan untuk tidak menamakan individu yang didakwa diganggu oleh pihak berkuasa itu.

Salah seorang daripada 13 plaintif yang memohon membatalkan undang-undang penukaran agama sepihak di 13 negeri mendakwa diganggu oleh pihak berkuasa agama di Johor.

Peguam Rajesh Nagarajan memberitahu Malaysiakini yang anak guamnya dikunjungi lima pegawai jabatan agama Islam negeri di rumahnya di Kota Tinggi, kira-kira 3 petang tadi.

Wanita berkenaan dalam afidavit bersumpahnya sebelum ini mengatakan dia menjadi mangsa penukaran agama sepihak ketika masih muda dan tidak pernah menganut agama Islam.

Rajesh berkata anak guamnya memberitahu pegawai dari Jabatan Agama Islam Kota Tinggi menyoalnya mengenai peranannya dalam tindakan sivil berkenaan yang menyasarkan undang-undang penukaran agama sepihak di Johor.

“Perkara pertama yang mereka lakukan (selepas memasuki rumahnya) adalah memarahinya kerana tidak memakai tudung ketika berada di rumah walaupun dia tidak pernah menganggap dirinya sebagai seorang Muslim.

“Kemudian mereka menyoal siasatnya tentang mengapa dia memfailkan saman itu. Adalah tidak perlu bagi mereka untuk memarahinya kerana memfailkan saman berkenaan.

“Ini adalah gangguan dengan arahan peringkat tertinggi. Alangkah beraninya mereka mengganggu pelanggan saya. Saya benar-benar marah. Saya fikir apabila sesuatu perkara difailkan di mahkamah, maka mereka hanya perlu melawannya di mahkamah,” kata Rajesh, sambil menambah ia tidak sepatutnya berlaku kerana dia adalah saksi dalam tindakan undang-undang di mahkamah sivil yang sedang berlangsung.

Peguam itu berkata apa yang memburukkan lagi keadaan ialah pegawai agama kemudiannya menyoal siasat tiga anak wanita itu yang berumur antara 4, 7 dan 9 -dan bertanya kepada kanak-kanak terbabit apakah mereka tahu mengenai Islam.

“Anak guam saya terdengar sangat takut apabila dia menghubungi saya, suaranya terketar ketika bercakap dengan saya. (Menurut wanita itu) Sebelum beredar, pegawai mengambil gambar dan rakaman video anak guam saya dan anak-anaknya serta rumah mereka,” kata Rajesh sambil menambah abang dan suaminya pada masa itu berada di tempat kerja dan tiada di rumah.

Peguam itu berkata mereka akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu, dan kemudian akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi (Sivil) di Kuala Lumpur agar kerajaan negeri Johor dan Jabatan Agama Islam Kota Tinggi didakwa kerana menghina mahkamah.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi jabatan agama negeri untuk mendapatkan maklum balas mengenai perkara itu.

Pada 3 Mac lalu, wanita itu dan seorang ibu beragama Hindu, M Indira Gandhi serta 12 plaintif lain memfailkan saman pemula untuk membatalkan undang-undang penukaran agama sepihak di lapan negeri, termasuk Johor.

Mereka mengharapkan keputusan mahkamah persekutuan pada 2018 berhubung isu bekas suami Indira Gandhi yang seorang mualaf yang kemudiannya menukar agama tiga anak mereka secara unilateral tanpa pengetahuan dan persetujuannya menjadi asas dalam permohonan itu.

Tuntutan mereka adalah untuk membatalkan undang-undang penukaran agama unilateral yang terkandung dalam enakmen negeri Wilayah Persekutuan, termasuk di Perlis, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor Darul Takzim.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS