Paling Popular
Terkini

PARLIMEN | Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) Belanjawan 2023 pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim diluluskan untuk peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini menerusi undi suara.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Alice Lau membuat undi suara pada jam 7.05 petang, selepas perbahasan belanjawan kementerian terakhir, iaitu Kementerian Pendidikan, diluluskan untuk peringkat jawatankuasa.

Selepas jelas suara "setuju" oleh ahli parlimen yang hadir, Lau kemudian mengumumkan belanjawan tersebut diluluskan.

RUU tersebut, yang merupakan belanjawan pertama pentadbiran Anwar, dibahaskan di peringkat jawatankuasa selama 10 hari, bermula 13 Mac lalu.

Belanjawan tersebut dibentang Anwar, yang juga menteri kewangan, pada 24 Februari lalu dengan peruntukan sebanyak RM386.14 bilion - tertinggi dalam sejarah negara.

Belanjawan kali ini juga menyediakan peruntukan pembangunan tertinggi iaitu sebanyak RM99 bilion, merangkumi suku daripada keseluruhan belanjawan.

Belanjawan 2023 lulus di peringkat dasar pada 9 Mac lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS