Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Charles Santiago dilantik semula sebagai pengerusi Span
Diterbitkan:  Mar 27, 2023 3:38 PM
Dikemaskini: 8:43 AM

Bekas ahli parlimen Klang Charles Santiago telah dilantik semula sebagai pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span).

Charles sebelum ini mempengerusikan suruhanjaya itu sejak Nov 2018 hingga April 2020.

Pelantikan semula ini, yang berkuatkuasa 20 Mac lalu, diumumkan Span dalam kenyataan hari ini.

Dia menjadi tokoh pertama dari DAP yang mendapat lantikan politik di bawah kerajaan semasa.

Span adalah badan pemantauan bebas ke atas perkhidmatan saliran dan bekalan air di Semenanjung dan Labuan.

Ketika pertama kali menjadi pengerusi Span, Charles antara lain melancarkan rangka kerja integriti dan antirasuah.

Rangka kerja itu memerlukan syarikat saliran dan bekalan air memperuntukkan sekurang-kurangnya satu peratus belanjawan operasi bagi usaha membanteras rasuah dan mengukuhkan tadbir urus korporat.

Charles sebelum ini menggesa Span untuk mengadakan audit khas berkaitan kemudahan air, selain audit yang biasa diabuat, dan setakat ini tiga syarikat yang sudah diaudit.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS