Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Banjir di Kanowit: 77 mangsa masih di PPS
Diterbitkan:  Mar 27, 2023 8:17 AM
Dikemaskini: 12:55 AM

Seramai 77 orang daripada 31 keluarga dari rumah panjang di Kanowit dekat Sibu yang terjejas banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna JKKK Ngungun pagi ini.

Jumlah itu telah menurun daripada 91 orang semasa pusat itu dibuka pada 1.30 tengah hari semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, mereka yang terjejas terdiri daripada penduduk Rumah Nyalong Indet dan Rumah Suzusie Lily Jenau di Nanga Baloh serta Rumah Langong di Nanga Bat yang ketiga-tiganya terletak di tepian Sungai Ngemah.

Banjir tersebut dikatakan berlaku semalam apabila hujan turun tanpa henti sejak awal Sabtu lepas di kawasan Ulu Ngemah.

Pada masa ini trend air adalah menurun.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS