Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiada sebab Muslim tak boleh lawat rumah ibadat agama lain - sultan
Diterbitkan:  Mar 23, 2023 2:11 PM
Dikemaskini: 6:11 AM

Tiada sebab untuk melarang umat Islam daripada melawat rumah ibadat agama lain atau mengambil bahagian dalam acaranya selagi tidak terlibat dalam upacara keagamaan mereka, titah sultan Johor.

“Ini jelas dan saya percaya sepenuhnya pada umat Islam kerana akidah mereka kuat dan tidak goyah.  Saya tidak mahu panjangkan perkara ini.

“Tidak perlu polemik sebegini,” titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Sultan Iskandar dalam wawancara dengan The Star.

Titah baginda, garis panduan Majlis Agama Islam Johor (Maij) berkaitan perkara itu adalah jelas.

Februari lepas, kerajaan Johor mengumumkan akan mewartakan fatwa yang melarang orang Islam hadir ke upacara penganut agama bukan Islam.

Bagaimanapun, di Selangor, peraturannya lebih ketat apabila program melibatkan umat Islam di rumah ibadat agama lain dilarang sama sekali.

Isu itu menjadi hangat selepas agensi kerajaan pusat menjalan program "Jom Ziarah" bagi mendedahkan anak mudah berkaitan nilai-nilai bersama pelbagai kepercayaan.

Program itu termasuklah lawatan ke sebuah gereja di Klang, Selangor. Ia bagaimanapun telah dibatalkan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS