Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Menteri dakwa media panaskan isu perkauman, agama

Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang menghalakan rasa tidak senangnya kepada media dengan menyalahkan wartawan kerana didakwanya "sengaja mahu menyalakan api" dalam isu sensitif, terutamanya yang berkaitan dengan isu kaum dan agama.

Aaron berkata demikian sebagai reaksinya terhadap soalan wartawan yang meminta dia memberikan komen mengenai program Jom Ziarah yang digerakkan oleh Projek Artikel 11.

Dia juga mengetepikan soalan mengenai program itu yang menjadi tajuk utama selepas seorang aktivis Bersatu mendakwa ia sebagai program Kristianisasi.

Ahli Parlimen Kanowit itu sebaliknya mengeluarkan amaran keras kepada pengamal media supaya berhenti bertindak "mengapi-apikan" isu tersebut dan menegaskan apa yang sudah berlaku sebagai "cukup".

“Saya dah beritahu media, tolong redakan isu sensitif. Anda cuba 'menyimbah minyak' ke negara ini, tolong jangan lakukan itu,” katanya selepas melancarkan pameran “Hanya Dikau - Seniman Agung P Ramlee” di Terminal 1 KLIA hari ini.

Aaron juga berkata media tidak wajar mengapi-apikan isu "yang telah diselesaikan" kerana setiap orang mempunyai tahap sensitiviti yang berbeza.

"Tolonglah, cukup.

“Ia adalah suatu masalah dengan media. Anda cuba meletakkan sesuatu yang sensitif... anda mahu menyalakan api. Tolong jangan buat, itu nasihat saya,” katanya.

Sementara itu, Aaron juga menafikan rakyat negara ini berpecah-belah sebaliknya menganggap ia merupakan "masalah dengan media".

“Itu pendapat kamu. Bagaimana kamu tahu ia berpecah-belah?" katanya sambil menegaskan kerajaan mempunyai rujukan sendiri melalui indeks perpaduan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengeluarkan amaran keras dan mengingatkan pihak berkuasa akan bertindak terhadap mereka yang mencetuskan ketegangan kaum atau agama.

Anwar berkata dia mengarahkan pasukan keselamatan untuk mengawasi mereka yang "terdesak" dan mengeksploitasi sentimen kaum bagi mencetuskan kekacauan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS