Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mangsa banjir di Batu Pahat menurun
Diterbitkan:  Mar 20, 2023 9:15 AM
Dikemaskini: 1:15 AM

Situasi banjir di Batu Pahat menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun setakat jam 8 pagi ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan seramai 10,396 orang ditempatkan di 51 PPS berbanding 13,872 orang di 59 PPS setakat direkodkan pada 8 malam tadi.

Menurut JPBN, tiga PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi adalah Sekolah Kebangsaan Seri Aman (552), Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJKC) Li Chun (522) dan SJKC Tongkang (478).

Tiga sungai masih berada pada tahap amaran iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok (19.06 meter), Empangan Sembrong di Sungai Sembrong (11.17m) dan Sungai Senggarang di Senggarang (3.30m).

Bagaimanapun, cuaca diramalkan cerah di kesemua 10 daerah pada pagi ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS