Ahli-ahli PKR sepatutnya bersikap 'menyerang' terhadap kenyataan-kenyataan ahli politik yang berkeras untuk mempolitikkan agama, kata Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail.
Dalam ucapan penggulungannya di Kongres Nasional Khas PKR, Saifuddin mengetengahkan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menurutnya dibuat secara jelas menentang titah diraja.
"Hari ini kita boleh tengok di kalangann politk pembangkang apabila Raja dan Sultan menganjurkan supaya masjid jangan digunakan sebagai pentas politik, seorang pemimpin pembangkang tanpa rasa bersalah kata akan teruskan ceramah politik dalam masjid kerana dalam Islam ada politik.
"Memang dalam Islam ada politik, tapi kita dituntut berpolitik secara agama, bukan mempolitikkan agama," kata Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri.
Walaupun, politik berasaskan agama menjunjung rasa hormat antara satu sama lain, Saifuddin berkata bahawa mereka yang mempolitikkan agama akan sering menghukum pencela mereka ke dalam neraka.
"Ada beza dalam perkara ini. Agama menganjurkan saling hormat menghormati, saling kenal-mengenali. Orang yang berkuasa, mereka menggunakan kuasa untuk menegakkan keadilan
"Kalau mempolitik agama, kalau kamu tak sokong aku, kamu tak terima pandangan aku, neraka tempat kamu. Itu namanya mempolitikkan agama bukan berpolitik secara agama.
"Jadi, kita mesti bersifat menyerang mulai saat ini," katanya sambil berkata cubaan untuk mempertikaikan semua usaha yang diambil oleh kerajaan termasuk mengenai langkah membasmi kemiskinan.
"Itu (cubaan untuk mempertikaikan) adalah aliran songsang yang cuba mengelirukan makna sebenar Islam," katanya.
Saifuddin juga memetik kenyataan Hadi yang merujuk kepada kemungkinan komplot untuk menjatuhkan kerajaan, menunjukkan bagaimana ia bercanggah dengan hasrat Yang di-Pertuan Agong untuk kestabilan sehingga akhir penggal.
"Jadi, hari ini kita katakan kongres khas ini bahawa seluruh ahli PKR dalam mendepani pemilihan pergi dalam mode serang, serang dan serang," katanya.
Selain Hadi, Saifuddin menegaskan bahawa ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin masih belum menyoal Anwar semasa sesi mingguan Waktu Soal Jawab Perdana Menteri di Dewan Rakyat.
Saifuddin menyoal kenapa mereka tidak hadir sesi itu walaupun sering membuat kenyataan membidas Anwar di platform lain.