Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis Johor terima 16 laporan penceramah hina institusi diraja

Polis Johor setakat ini telah menerima 16 laporan berhubung seorang penceramah lelaki yang dipercayai mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan terhadap institusi beraja.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata laporan berkenaan dibuat susulan kenyataan dibuat menerusi sebuah video berdurasi 31 saat yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok.

"Satu siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Polis Johor turut menggesa orang ramai agar lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan ketidak harmonian dan kegentaran awam.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS