Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mangsa banjir Johor menurun kepada 36,086 orang

Situasi banjir di Johor semakin menunjukkan tanda pulih dengan jumlah mangsa terus berkurangan kepada 36,086 orang setakat lapn pagi ini berbanding 37,503 orang direkodkan pada 8 malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan sebanyak 10,157 keluarga masih ditempatkan di 116 pusat pemindahan sementara di empat daerah.

"Batu Pahat mencatatkan mangsa teramai iaitu 35,849 orang diikuti Muar (111), Segamat (102) dan Tangkak (24),” menurut kenyataan itu.

JPBN memaklumkan dua sungai di Batu Pahat masih melepasi paras bahaya iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok setinggi 19.24 meter dan Sungai Senggarang di Senggarang setinggi 3.58 meter.

Cuaca diramalkan cerah di kesemua 10 daerah pada pagi ini.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS