Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPRM kesan 'Datuk Roy' bantu siasatan rasuah Jana Wibawa
Diterbitkan:  Mar 13, 2023 10:34 AM
Dikemaskini: 3:07 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa)..

SPRM dalam satu kenyataan, berkata lelaki tersebut, Mohd Hussein Mohd Nasir, 54, yang juga dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ mempunyai alamat terakhir di No 3, Lorong 3 RRM Semambu, Kuantan, Pahang.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohammad Asyraf Mustafa di talian 013-4405210,” kata SPRM dalam satu kenyataan. 

Semalam Malaysiakini yang memetik Bernama melaporkan SPRM  menahan seorang pegawainya dan tiga lagi individu lain termasuk seorang wanita pada Khamis lepas kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah sebanyak RM400,000 bagi mengelakkan siasatan melibatkan kes program Jana Wibawa.

Wanita berkenaan bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan SPRM, manakala tiga suspek lain kini direman hingga hari ini.

SPRM juga dilaporkan sedang mengesan seorang lelaki dikenali 'Datuk Roy' yang dipercayai perancang utama dalam kes rasuah melibatkan siasatan kes berkenaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS