Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tak rasmi: Hajat Sharizat ketuai semula Wanita Umno tak tercapai

Ahli Parlimen Parti Sulong Noraini Ahmad berjaya mempertahankan jawatan selaku ketua Wanita Umno meskipun berdepan saingat sengit daripada pencabarnya, Shahrizat Abdul Jalil.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Noraini mendapat 106 undi berbanding Shahrizat 70 undi.

Saingan di antara kedua-dua tokoh itu bermula dengan sengit apabila pada kebanyakan masa kedudukan mereka dipisahkan dengan hanya perbezaan undi yang kecil.

Bagaimanapun keadaan berubah pada awal pagi tadi apabila Noraini mula mengumpul sokongan yang signifikan berbanding pencabarnya yang juga bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Shahrizat, 70, mengepalai Wanita Umno selama kira-kira 11 tahun sebelum bersara pada 2018.

Namun kali ini dia cuba membuat penampilan semula dalam pemilihan parti.

Meskipun belum mendapat keputusan rasmi, Noraini memberi bayangan kemenangannya apabila menyampaikan penghargaan kepada mereka yang terus menyokong bagi jawatan itu.

"Alhamdullillah. Segala puji hanya bagi Allah SWT. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Wanita Umno di seluruh negara serta sahabat.

"Susah senang bersama di atas sokongan dan kepercayaan kepada saya sebagai ketua Wanita Umno Malaysia.

"Ayuhlah, bersama kita meneruskan pemerkasaan Wanita untuk ke tahap lebih tinggi menjadi realiti," kata bekas menteri pengajian tinggi itu dalam satu hantaran di Facebooknya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS