Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Pemilihan Umno untuk tampilkan pemimpin wibawa, bukan pertembungan kem'

Pemilihan Umno tidak seharusnya berkisar mengenai mengenai pertembungan kumpulan atau ken tertentu dalam parti itu.

Sebaliknya, kata bekas peguam kepada bekas perdana menteri Najib Razak yang juga calon ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Zaid Ibrahim, rakyat mahukan kepimpinan yang berkebolehan dan amanah.

Menurutnya, ini khususnya selepas Umno menjalinkan kerjasama dengan Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH) dalam kerajaan.

"Yang penting untuk rakyat ialah kumpulan pemimpin yang amanah yang cergas dan yang ada kebolehan tinggi. 

"Umno dengan bekerjasama bersama PH dan Anwar dapat memberi kepimpinan yang baik terutama hal ekonomi. Kerana kerajaan Anwar lebih nampak dari semua kaum lebih berupaya mencari pelabur, terutama dari luar.

"Berbanding PAS dan Bersatu parti politik yang hanya kuat emosi," katanya kepada Malaysiakini.

Dia berkata demikian, ketika ditanya sama ada akan wujud pertembungan kumpulan yang pro-Anwar mewakili pelbagai kaum dan kumpulan selesa dengan kepimpinan pemimpin Melayu-Islam atau tidak.

Untuk rekod Umno, BN menjalinkan kerjasama dengan PH bagi membentuk kerajaan dengan pimpinan Anwar selaku perdana menteri.

Ia selepas parti itu hanya mendapat 30 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) dan tidak parti memiliki majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Sebelum ini Umno, BN turut bekerjasama dengan dengan Bersatu dan PAS bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin tidak bertahan lama apabila Umno menarik sokongan terhadap presiden Bersatu itu sebelum Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai perdana menteri.

Dalam pada itu, Zaid berkata Umno bukanlah satu bebanan kepada kerajaan yang dipimpin Anwar ketika ini.

Katanya, parti Melayu itu sebenarnya merupakan penyelamat kepada PH yang membolehkan Anwar menjadi perdana menteri.

"Survival Umno masa kini tidak menjadi beban kepada Kerajaan Perpaduan, sebaliknya kekuatan Umno telah menyelamatkan PH dan Anwar menjadi perdana menteri.

"Mungkin segelintir melihat Umno sebagai beban, tetapi pada saya tidak," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS