Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes 1MDB: Roger Ng dijatuhi hukuman penjara 10 tahun
Diterbitkan:  Mar 10, 2023 8:52 AM
Dikemaskini: 7:22 AM

Bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas disabitkan bersalah membantu merompak berbilion dolar daripada 1MDB, lapor Reuters.

Juri di Mahkamah Persekutuan di wilayah New York City di Brooklyn April lalu mendapati Ng yang meruakan bekas ketua perbankan pelaburan Goldman di Malaysia, bersalah kerana membantu bekas bosnya Tim Leissner menyeleweng wang daripada 1MDB, mencuci hasil dan rasuah pegawai kerajaan untuk mendapat perniagaan.

Tuduhan itu berpunca daripada kira-kira AS$6.5 bilion (RM29.38 bilion) bon yang Goldman bantu 1MDB jual pada 2012 dan 2013.

Pendakwa raya AS berkata AS$4.5 bilion (RM20.34 bilion) daripada jumlah itu telah digelapkan oleh pegawai, pegawai bank dan rakan mereka, dalam salah satu skandal terbesar dalam sejarah Wall Street.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS