Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiada rehat tengah hari untuk Dewan Rakyat akibat jadual ketat

PARLIMEN l Dalam apa yang dianggap sebagai tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, ahli parlimen mengketepikan masa rehat makan tengah hari mereka selama tiga hari berturut-turut sejak Selasa lalu.

Tindakan itu sebagai usaha untuk mematuhi jadual perbahasan Belanjawan 2023 yang dibentangkan semula.

Waktu rehat makan tengah hari bagi Dewan Rakyat lazimnya adalah selama satu setengah jam, antara 1 petang dan 2.30 petang.

Selasa adalah hari terakhir bagi ahli parlimen membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan manakala dua hari berikutnya dikhaskan untuk ucapan penggulungan menteri mengenai perbahasan itu.

Seramai 167 ahli parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar mengenai bajet selama enam hari.

Pada Rabu lalu, 14 kementerian membentangkan ucapan penggulungan mereka manakala baki 12 kementerian dijangka selesai hari ini.

Oleh kerana jadual yang ketat, setiap menteri diberi had 30 minit untuk menyampaikan ucapan penggulungan mereka.

Bagaimanapun, beberapa kementerian diberi masa tambahan susulan celahan daripada wakil rakyat untuk mendapatkan penjelasan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS