Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Klip video berbalah: Musa Hassan minta hormati privasi
Diterbitkan:  Mar 7, 2023 8:24 PM
Dikemaskini: 1:02 PM

Bekas ketua polis negara Musa Hassan menggesa orang ramai untuk menghormati privasinya.

Ini selepas tersebar klip video memaparkan lelaki seakan Musa berbalah dengan seorang wanita.

"Ini adalah masalah privasi keluarga. Jangan ada yang masuk campur.

"Jika ada yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang," kata Musa pada ciapannya di Twitter.

Musa menjawab pertanyaan seorang pengguna Twitter yang meminta dia menjelaskan konteks tiga klip video yang dikongsi oleh @makcikbawangmu.

Klip video itu menggambarkan seorang wanita bercakap dengan seorang lelaki di dalam sebuah rumah. Seorang kanak-kanak turut kelihatan.

Pada satu ketika, ketika lelaki yang dikatakan menyerupai Musa cuba bergerak ke arah pintu di rumah itu, wanita berkenaan kedengaran meminta telefon bimbitnya dipulangkan.

Musa ialah ketua polis negara dari 2006 hingga 2010.

Pada tahun 1998, Musa merupakan pegawai penyiasat dakwaan kes liwat terhadap Anwar Ibrahim.

Walaupun Mahkamah Tinggi mensabitkan Anwar atas tuduhan liwat, sabitan itu akhirnya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS