Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata sudah sampai masanya kerajaan beralih daripada dasar gaji minimum kepada dasar yang lebih mejaga kehidupan pekeja.
"Gaji kehidupan wajar mesti mempunyai elemen seperti skala gaji yang meliputi gaji minimun dan maksimum, gaji berasaskan akademik, kemahiran dan pengalaman.
"Gaji minimum yang di laksanakan adalah upah minimum yang patut di bayar kepada pekerja untuk kerja yang di lakukan dalam tempoh tertentu manakala gaji kehidupan wajar adalah upah yang membolehkan pekerja berkemampuan menyediakan keperluan yang berkualiti bagi pembangunan diri dan keluarga,” kata Setiausaha Agung MTUC Kamarul Baharin Mansor pada satu kenyataan hari ini.
MTUC merujuk kepada model gaji yang wajar menampung hidup, suatu syor kajian oleh Bank Negara (BNM) 2018.
Bekas Bank Negara Gabenor Muhammad Ibrahim berkata gaji yang wajar menampung hidup di Kuala Lumpur pada tahun 2016 dianggarkan RM2,700 untuk orang dewasa, RM4,500 untuk pasangan tanpa anak dan RM6,500 untuk pasangan dengan dua anak.
Gaji untuk kehidupan yang wajar juga harus sepadan dengan produktiviti dan boleh menjadi langkah ke arah kualiti hidup yang lebih tinggi di Malaysia, kata MTUC.
Gaji wajar tampung hidup juga, kata MTUC boleh berfungsi sebagai panduan tahap pendapatan yang diperlukan untuk mencapai standard hidup minimum yang boleh diterima.
MTUC menegaskan bahawa Malaysia tidak mampu untuk ketinggalan di belakang negara-negara Asean yang lain dan kajian ini akan membolehkan negara mencapai tahap pendapatan negara maju.
"Kementerian Sumber Manusia boleh bekerjasama dengan BNM yang telah berjaya dalam kajian sehingga menghasilkan cadangan jumlah gaji kehidupan wajar.
"MTUC yakin dan percaya kajian BNM adalah bersifat neutral bagi kemajuan dan kemakmuran negara," kata Kamarul.
MTUC juga berkata pihaknya telah menerima banyak aduan berkaitan ketidakpuasan hati pekerja yang berada dalam pekerjaan lebih tiga tahun tetapi masih menerima gaji yang sama dengan pekerja baru yang di bayar gaji minimum.
"Dasar gaji minimum ada kelemahannya kerana golongan pertengahan pekerja yang telah lama berada dalam industri tetapi tidak menerima sebarang kenaikan gaji sehingga menyamai gaji minimum," kata gabungan nasional kesatuan sekerja itu.
Untuk menangani isu-isu ini, MTUC mencadangkan agar kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji dasar upah sewajarnya untuk menampung kehidupan dengan secepat mungkin.
Kumpulan itu berkata ia bersedia bekerjasama dengan kerajaan untuk meningkatkan kemajuan dan kemakmuran negara.
"Kerajaan memerlukan keazaman politik yang tinggi bagi melakukan reformasi gaji.
"MTUC akan bersama- sama dengan kepimpinan negara dalam menambah baik negara.
"YAB Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) adalah pemimpin yang sangat sensitif terhadap keadaan pekerja bawahan," kata MTUC lagi.
Pada 2 Mac, Menteri Sumber Manusia v Sivakumar memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan sedang mengkaji cadangan BNM mengenai pelaksanaan gaji wajar tampung penghidupan.
Dia berkata analisis yang lebih komprehensif mengenai model upah progresif diperlukan untuk menyelaraskannya dengan keadaan ekonomi dan buruh di Malaysia.
Pelaksanaan upah minimum dan upah progresif bertujuan untuk memberi perlindungan kepada pekerja yang memperoleh gaji terendah, katanya.
Selain itu, menteri itu berkata Jabatan Buruh telah menjalankan 17,565 pemeriksaan statutori ke atas majikan dari Mei hingga Disember 2022 mengenai pelaksanaan perintah gaji minimum.
Daripada pemeriksaan ini, 2,448 syor pematuhan telah dikeluarkan kerana melanggar perintah itu, katanya.