Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan akan salur bantuan segera RM50 juta pada Johor

Kerajaan akan menyalurkan bantuan segera berjumlah RM50 juta untuk Johor selepas banjir yang melanda di negeri itu kian memburuk, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata beberapa menteri juga akan pergi ke Johor "hari ini dan esok" bagi memantau keadaan banjir.

“RM50 juta (bantuan) segera untuk Johor, bantuan bagi pengurusan sungai serta bantu kepada mangsa banjir, serta apa saja keperluan segera.

“Saya juga akan atur (turun ke lokasi banjir) dalam masa singkat,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.

Keadaan banjir di Johor semakin buruk apabila mangsa terus melonjak kepada 33,149 penduduk dengan, setakat jam lapan pagi tadi.

Ia membabitkan seramai 9,354 keluarga yang dipindahkan ke 217 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di kesemua 10 daerah di negeri itu.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan RM10 juta disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi membeli barangan keperluan dan bantuan tambahan keada penduduk terjejas.

Ia juga bagi memastikan semua kelengkapan di pusat pemindahan sementara (PPS) mencukupi, katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS