Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Amaran hujan lebat berterusan di beberapa negeri hingga 2 Mac
Diterbitkan:  Feb 28, 2023 11:36 PM
Dikemaskini: 3:38 PM

Hujan lebat berterusan peringkat bahaya dijangka berlaku di Pekan dan Rompin, Pahang serta Johor sehingga Khamis (2 Mac) ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada 10 malam ini memaklumkan hujan lebat berterusan peringkat buruk juga dijangka berlaku di Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan dan Bera), Negeri Sembilan serta Melaka sehingga Khamis.

Hujan lebat berterusan peringkat waspada pula dijangka berlaku di Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak, Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh di Pahang serta Terengganu dan Selangor sehingga esok.

Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah serta Bintulu) juga diramalkan mengalami cuaca serupa.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS