Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Agong, Permaisuri zahir takziah atas pemergian Tunku Zahrah
Diterbitkan:  Feb 28, 2023 9:51 PM
Dikemaskini: 1:51 PM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Tunku Zahrah Tunku Osman yang kembali ke Rahmatullah, semalam.

Tunku Zahrah, 62, ialah sepupu kepada Raja Permaisuri Agong.

Menerusi perkongsian di Facebook Istana Negara Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Tunku Zahrah telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Pegawai Tadbir Negeri Johor, dengan perjawatan terakhir sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor, sebelum bersara pada 2020.

- Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS