Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SURAT | Ganti pengawal keselamatan dengan polis, askar

SURAT | Saya ingin mencadangkan kepada Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail untuk menggantikan pengawal keselamatan dengan pegawai polis ataupun askar secara berperingkat.

Ini memandangkan keperluan untuk mengurangkan pekerja asing sebagai pengawal sekuriti di bangunan-bangunan komersial dan kawasan-kawasan perumahan.

Penggunaan pengawal keselamatan asing bermakna wang negara ini akan keluar ke negara-negara lain. Selain itu, kebanyakan pengawal keselamatan tidak fasih dalam bahasa pengantaraan di mana soalan ditanyakan, lain jawapan yang diberi.

Banyak kali apabila saya bertanyakan, "Di mana kedai XYZ?", pengawal di pusat membeli-belah akan tunjuk saja satu hala, tetapi selepas saya bertanya kepada pengunjung tempatan, saya diberi arah yang lain.

Pengawal-pengawal keselamatan di kawasan perumahan pula tidak akan berusaha menangkap pencuri walaupun pencuri berlari di depan mereka. Ini pernah berlaku di kawasan perumahan saya.

Pada masa yang sama, polis dan askar mendapat gaji yang rendah. Satu pertemuan perlu dapat dibuat di antara pihak Kementerian Dalam Negeri dengan wakil-wakil syarikat keselamatan yang membekalkan pekerja asing sebagai pengawal keselamatan.

Gaji polis dan askar boleh dibiayai bersama secara berkongsi untuk mengurangkan beban kerajaan, dan pakej yang lebih baik boleh diberikan kepada mereka yang ditempatkan di tempat-tempat strategik.

Satu formula boleh disediakan oleh ketiga-tiga pihak untuk memastikan pakej yang baik diberikan kepada anggota-anggota yang ditempatkan sebagai 'pengawai kesalamatan khas'.

Sebenarnya tidak perlu menggantikan semua pengawal, tetapi seorang dua saja yang digantikan oleh seorang pegawai polis dan seorang anggota tentera.

Sekiranya mereka ini bersenjata pistol, penduduk serta pengunjung pusat membeli-belah pun akan rasa lebih selamat, seperti satu ketika apabila polis dan askar meronda bersama.

Dari segi kepolisan, pegawai polis yang ditempatkan di tempat strategik adalah lebih baik daripada membuat rondaan sahaja. Apabila berlaku satu kes yang perlu bantuan, mereka yang ada paling dekat tempat kejadian boleh terus berkejar ke lokasi kejadian.

Mengikut seorang saudara saya yang sudah bersara dari Polis Singapura, kecekapan polis Singapura adalah berasaskan penempatan pegawai polis di tempat-tempat strategik. Di Johannesburg, di mana kes jenayah yang tinggi, kereta peronda berada di lorong-lorong yang strategik.

Sekiranya formula ini dapat dipersetujui oleh semua pihak, maka kombinasi ini terbaik digunakan kerana dapat mengurangkan pekerja asing yang dibawa masuk, penempatan polis di tempat strategik, pakej yang lebih baik untuk polis dan askar di waktu aman, serta dapat meneruskan tugasan mereka sehingga ke ketua keselamatan dalam syarikat-syarikat yang diambil mereka.

Pada masa yang sama orang awam akan berasa lebih selamat apabila adanya pegawai-pegawai polis dan askar bersama mereka, sementara kerajaan dapat mengurangkan bebannya.

Untuk pertimbangan, pihak askar dan polis adalah keperluan anggota mereka diganti-gantikan apabila mereka perlu menghadiri sebarang latih tubi rutin.


STEPHEN NG adalah pembaca Malaysiakini.

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS