Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K’jaan carum RM500 jika simpanan KWSP kurang RM10,000 
Diterbitkan:  Feb 24, 2023 6:12 PM
Dikemaskini: 11:16 AM

Tiada lagi pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam fasa peralihan ke endemik ketika ini.

Sebaliknya, perdana menteri yang juga menteri kewangan Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan memperkenalkan alternatif kepada pencarum KWSP.

Anwar berkata melalui kaedah itu kerajaan akan mencarum sejumlah RM500  kepada setiap pencarum yang berusia 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang RM10,000 dalam akaun satu mereka.

"Kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan.

"Oleh demikian, kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang RM10 ribu di dalam Akaun 1 mereka, kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 mereka sebanyak RM500," katanya Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat dengan temanya Membangun Malaysia Madani, hari ini.

Tambah Anwar yang juga ahli Parlimen Tambun, hampir dua juta ahli KWSP akan menerima manfaat dengan melibatkan peruntukan hampir RM1 billion.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama Anwar berharap rakyat yang mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi akan terus menyumbang supaya semua lapisan pencarum mendapat manfaat.

Tersasul sebut RM500 juta

Bagaimanapun, Anwar ketika mengumumkan perkara itu beberapa kali tersasul bahawa kerajaan memperuntukan RM500 juta kepada setiap pencarum terbabit meskipun cuba dibetulkan oleh Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution yang berada di belakang Anwar.

"RM500 juta, maaf RM500, dah dua jam dah (bentang belanjawan)," kata Anwar diiringi tawa dan senyuman.

Tambah Anwar yang juga ahli Parlimen Tambun, hampir dua juta ahli KWSP akan menerima manfaat dengan melibatkan peruntukan hampir RM1 billion.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama Anwar berharap rakyat yang mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi akan terus menyumbang supaya semua lapisan pencarum mendapat manfaat.

Namun, Anwar sekali lagi tersasul dengan menyatakan tambahan caruman terbabit.

"Saya tekankan begini, kita boleh mengeluarkan (KWSP)dalam keadaan terdesak tetapi kalau kerajaan berikan RM500 juta kepada kategori bawah yang miskin, kemudian golongan kaya yang mengeluarkan wang mereka, dividen orang ramai yang miskin itu akan terjejas.

"Jadi, kita kena buat pilihan di sini.Kalau buat kenyataan tak popular itu tak jelas, itu masalah. Tarik wang KWSP di kalangan orang kaya bermakna dividen orang miskin yang kerajaan dah tampung RM500 juta itu akan berkurangan," kata Anwar sambil menegaskan ia sebagai keputusan yang sangat penting.

Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menolak untuk membenarkan satu lagi pengeluaran KWSP kerana bimbang simpanan yang terlalu sedikit.

Kira-kira 8.1 juta ahli KWSP mengeluarkan sejumlah RM145 bilion dalam beberapa siri pengeluaran ketika pandemik Covid-19.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS