Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anak Raja Petra tawar diri jadi exco Puteri Umno
Diterbitkan:  Feb 21, 2023 12:23 PM
Dikemaskini: 4:23 AM

Anak kepada penulis blog kontroversi Raja Petra Kamarudin menawarkan diri untuk bertanding mengisi salah satu jawatan dalam exco Puteri Umno dalam pemilihan parti akan datang.

Menganggap sayap Umno itu memerlukan kepimpinan yang kukuh bagi menghadapi cabaran mendatang, Raja Sara Petra juga berkata dia mahu memastikan parti itu kekal relevan.

Dia yang juga ketua Puteri Umno Batu mendakwa rakyat akan menjadi resah dalam tempoh beberapa bulan mendatang dan mungkin kerajaan yang ada singkat hayatnya kecuali mereka diyakinkan bahawa Umno mempunyai pemimpin yang kuat untuk menyelesaikan masalah.

“Oleh yang demikian, Puteri Umno boleh dijadikan kuasa yang perlu diperhitungkan dan menyokong parti untuk terus kekal relevan dengan politik Malaysia.

"Ini akan menjadi tugas dan komitmen sekiranya terpilih menjadi exco Puteri Umno,” katanya seperti dilaporkan Utusan Online hari ini.

Sebelum ini Raja Sara menganggotai parti Gerakan sebelum meletak jawatan sebagai timbalan ketua sayap wanita parti itu pada 2019.

Menurutnya, prestasi Umno pada pilihan raya umum (PRU) lalu menunjukkan parti itu perlu berubah untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat.

“Umno telah mengharungi banyak badai dalam beberapa dekad kebelakangan ini, tetapi yang terbaru dan paling teruk adalah tahun lalu.

"Ia memerlukan lebih daripada sekadar kepercayaan untuk Umno bangkit semula. Parti itu memerlukan kepimpinan yang kuat," katanya dipetik sebagai berkata.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS