Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengeluaran KWSP: Pertimbang baki simpanan pencarum, kata Amirudin

PARLIMEN | Kerajaan perlu mempertimbangkan baki simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam isu pengeluaran wang KWSP.

Amirudin Shari (PH-Gombak) berkata baki simpanan pencarum semakin membimbangkan selepas beberapa kali pengeluaran khas itu dibenarkan sejak negara berdepan pandemik Covid-19, dengan ada yang mempunyai hanya 68 sen sehari untuk dibelanja selepas bersara.

"Kerajaan kena pertimbang antara kebertanggungjawaban dengan populisme dan gesaan yang dibangkitkan oleh pembangkang pada hari ini supaya kita tidak terkesima dan tertipu dengan propaganda dan pilihan itu," katanya ketika perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Amirudin Shari

Menteri besar Selangor itu berkata negara juga perlu membuat persiapan ke arah menuju negara menua pada 2030.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) dan Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) berpendapat kerajaan perlu mempertimbangkan pengeluaran secara bersasar bagi meringankan beban rakyat termasuk bagi pencarum yang sudah bekerja melebihi tempoh 20 tahun dan mempunyai simpanan yang banyak.

"Betul, ada 13.1 juta ahli atau 51.5 peratus pencarum KWSP dengan simpanan bawah RM10,000 dan mungkin mereka ini yang baru bekerja. Bagaimana pula dengan pencarum yang sudah lama bekerja 20 atau 25 tahun, mungkin simpanan mereka ada puluhan ribu atau ratusan ribu," katanya.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS