Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr Zaliha bermesyuarat dengan doktor kontrak 22 Feb ini
Diterbitkan:  Feb 17, 2023 2:09 PM
Dikemaskini: 6:19 AM

Kementerian Kesihatan akan mengadakan mesyuarat  townhall dengan sekumpulan pendesak yang mewakili doktor kontrak yang berkhidmat di hospital kerajaan.

Menteri Kesihatan Zaliha Mustafa dalam akaun media sosialnya berkata sesi itu akan berlangsung pada 22 Feb di ibu pejabat kementerian di Putrajaya.

Ini susulan kenyataan Hartal Doktor Kontrak bahawa Dr Zaliha masih belum melibatkan pekerja penjagaan kesihatan yang berkhidmat secara kontrak untuk sektor awam, lebih dua bulan selepas pelantikannya.

Sebaliknya, Hartal Doktor Kontrak berkata, pendahulu Dr Zaliha berbuat demikian hanya 26 hari selepas dilantik pada 2021.

Pada 2021, Hartal Doktor Kontrak menganjurkan mogok di seluruh negara untuk menarik perhatian berhubung nasib doktor yang bekerja secara kontrak untuk hospital kerajaan.

Doktor kontrak menghadapi risiko kontrak mereka tidak diperbaharui selepas tempoh lima tahun.

Status kontrak itu juga menyaksikan mereka tidak menikmati faedah yang sama berbanding rakan sejawatan mereka yang bertaraf jawatan tetap, termasuk peluang yang saksama untuk melanjutkan kerjaya mereka dalam pengkhususan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS