Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemuda PAS gesa pencipa kandungan tumpu kaut pahala
Diterbitkan:  Feb 14, 2023 12:26 PM
Dikemaskini: 4:26 AM

Pemuda PAS menggesa ada pencipta kandungan (content creator) tertentu bertindak "tidak senonoh" kerana menyerang penyokong parti itu secara berlebihan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sayap PAS berkenaan, mereka mendakwa ada pihak yang mendedahkan identiti pencipta kandungan penyokong mereka dengan maksud untuk mengaibkan.

Kata Pemuda PAS, pencipta kandungan yang dikecam pihak penyokong kerajaan hanya "mendedahkan perkara yang tak betul."

"Melakukan serangan seksual dalam posting sehingga menyebut kemaluan wanita, menghina tubuh badan (body shaming), poster mengaibkan bagi tujuan melemahkan semangat orang yang mendedahkan perkara yang tak betul.

"Oleh sebab itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia bersolidariti bersama empat orang content creator dengan membuat laporan polis segera di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang tadi (semalam)," katanya.

Semalam empat "TiktToker wanita muda" membuat laporan kepada polis selepas berasa mereka menjadi mangsa buli siber dan kecam badan (body shaming).

Ia rentetan daripada kandungan yang dimuat naik oleh mereka di media sosial.

Melalui kandungan itu mereka membuat pelbagai dakwaan terhadap kerajaan serta Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Sebahagian daripada kandungan berkenaan dianggap sesetengah pihak sebagai berunsur fitnah.

Selepas mendapat kecaman berterusan, akaun media sosial mereka dipercayai dinyahaktifkan.

Kata Pemuda PAS mereka menganggap serangan yang disasarkan kepada empat penyokong mereka itu sebagai suatu jenayah siber dan berharap polis dapa menjalankan siasatan lanjut.

"Jadilah content creator yang bermanfaat.

"Manfaatkan kelebihan anda untuk mengaut pahala," kata Pemuda PAS.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS