Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anggota polis, jururawat maut nahas motor bertembung
Diterbitkan:  Feb 13, 2023 6:44 PM
Dikemaskini: 10:44 AM

Seorang anggota polis dan seorang jururawat maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung dalam nahas di Jalan Tun Sardon di Balik Pulau awal hari ini.

Insiden itu berlaku pada 6.40 pagi ketika Koperal Muhammad Zohair Dzulkefle, 44, menunggang motosikal dari arah Relau menuju Balik Pulau manakala motosikal ditunggang Norsyazwani Roslan, 30, datang dari arah bertentangan.

Jurucakap polis berkata Muhammad Zohair, yang bertugas di Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, mengalami kecederaan parah di kepala serta beberapa bahagian badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Norsyazwani, yang bertugas di Hospital Bertam, turut mengalami kecederaan parah dan mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Balik Pulau pada kira-kira 10 pagi," katanya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS