Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijangka akan menamatkan zaman bujangnya sebelum pilihan raya umum ke-16, kata naib presiden PAS Idris Ahmad.
Ahli Parlimen Bagan Serai berkata perbualan itu tercetus selepas perasmian istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 oleh Yang di-Pertuan Agong di Parlimen hari ini.
Semasa saya menjadi ahli parlimen 2013-2018 YB Syed Saddiq (MP Muar) datang ke pejabat saya di bangunan Parlimen. Waktu itu Syed Sadiq baru sahaja grad daripada UIA.
“Tadi sempat berjumpa dengan YB Muar selepas perasmian oleh YDPA.
“Bila saya tanya bila hendak kahwin, saya kata jejaka ‘hensem’ mesti kahwin cepat. Dia janji dengan saya, sebelum PRU 16 dia akan kahwin.
“Saya doakan semoga Allah permudahkan urusan YB Syed untuk mendapat jodoh,” katanya di Facebook.
Menyorot semula pertemuannya dengan bekas menteri belia dan sukan itu sewaktu penggal 2013-2018, Idris berkata Syed Saddiq ketika itu baru sahaj menamatkan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
“Apabila orang hormat saya sekali, 10 kali saya hormat orang tersebut. Perbezaan parti, bangsa dan agama bukan halangan untuk saya bermesra dengan sesiapa pun,” katanya.
Syed Saddiq kini berusia 31 tahun.
Sewaktu memenangi kerusi Muar pada PRU14, dia merupakan ahli kabinet yang termuda dalam sejarah politik Malaysia.