Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'KJ perlu hati-hati, populariti bukan jaminan menang PRN'
Diterbitkan:  Feb 11, 2023 12:32 PM
Dikemaskini: 4:32 AM

Khairy Jamaluddin harus berhati-hati sebelum menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Selangor kerana populariti sahaja tidak akan memastikan dia menang.

Menurut Pengerusi Umno negeri Megat Zulkarnain Omardin, rakyat Selangor adalah "pengundi dinamik" yang tidak memilih calon berdasarkan personaliti atau parti mereka.

"Keadaan itu boleh berubah dalam masa singkat terutama menjelang PRN yang dijangka berlaku pada pertengahan tahun ini.

"Tiada siapa dapat menjangkakan dengan tepat apa yang akan berlaku pada esok atau lusa dan keadaan itu pasti mempengaruhi pemikiran pe­ngundi apabila tiba hari mengundi," kata Megat Zulkarnain seperti dipetik Utusan Malaysia.

Dia menyorot kemenangan BN/Umno dalam pilihan raya kecil (PRK) dan PRN sebelum tewas pada pilihan raya umum (PRU).

“Sejarah membuktikan­ tujuh PRK berturut-turut (termasuk Semenyih), me­nang dua PRN dengan jumlah keputusan yang besar tetapi kita kalah pada PRU15 ke-15.

“Jadi, itu sangat dinamik, ia mengikut citarasa pengundi waktu atau se­­masa mengundi. Jadi apa hendak berlaku tiga atau empat bulan dari sekarang, adalah sesuatu yang tidak boleh siapapun jangka,” katanya.

Pengerusi Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin,

Bagaimanapun, Megat Zulkarnain menegaskan Khairy bebas untuk membuat naratif politiknya sendiri berikutan kekalahannya di kerusi parlimen Sungai Buloh pada PRU15, dan seterusnya dipecat daripada Umno.

Baru-baru ini dilaporkan bahawa Khairy sedang mempertimbangkan tawaran untuk bertanding di Selangor, serta menjadi menteri besar sekiranya menang.

Khairy bagaimanapun belum memutuskan sama ada akan bertanding pada PRN Selangor atau tidak

Bersatu Negeri Sembilan sebelum ini menyatakan kesediaan menawarkan jawatan menteri besar kepada Khairy jika bekas menteri itu bertanding mewakili Bersatu pada PRN akan datang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS