Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mesyuarat pertama sekretariat k'jaan hanya untuk parti pengasas, kata PM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berkata mesyuarat pertama sekretariat kerajaan yang dipengerusikannya di ibu pejabat Umno pada Selasa lalu adalah hanya untuk parti yang mengasaskan kerajaan perpaduan.

Ulasan itu susulan rungutan kepimpinan Muda yang mendakwa bahawa parti itu dibiarkan dalam kegelapan mengenainya.

“Tak apa itu kita dah jelaskan. Mesyuarat itu sebenarnya mesyuarat parti-parti yang mengasas.

“Yang lain itu akan juga dibawa kerana mereka juga menyokong kerajaan perpaduan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Unisel di Bestari Jaya, Selangor pagi tadi.

Setiausaha Agung Muda Amir Abd Hadi berkata parti itu tidak dimaklumkan langsung berkaitan mesyuarat berkenaan.

“Nampak ada logo Muda. Tapi tak tahu apa-apa. 

“Tak ada jemputan. Tak ada makluman. Tahu-tahu dah ada keputusan,” katanya.

Selepas mesyuarat itu, Anwar mengumumkan bahawa semua parti dalam kerajaan telah memberikan komitmen mereka untuk bekerjasama dalam pilihan raya di enam negeri yang akan datang.

Pemimpin parti lain dalam kerajaan pusat termasuk BN, Pakatan Harapan, GPS, GRS, dan Warisan turut hadir.

Selain Muda, Parti Keharmonian Sosial Demokratik (KDM) yang berpangkalan di Sabah juga tidak diwakili pada mesyuarat itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS