Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar, pemimpin kanan PH hadir di ibu pejabat Umno

Selepas 25 tahun dipecat daripada Umno pada 1998, Perdana Menteri Anwar Ibrahim malam ini menjejakkan kaki ke ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur bagi mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Anwar tiba di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada kira-kira 7.40 malam bersama beberapa pemimpin kanan Pakatan Harapan (PH).

Antara pemimpin PH yang hadir ialah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.

Ini juga merupakan kali pertama mereka menjejakkan kaki di Ibu Pejabat Umno.

Selain itu, mesyuarat itu turut dihadiri kedua-dua Timbalan perdana menteri iaitu Ahmad Zahid Hamidi yang juga pengerusi BN dan Fadillah Yusof daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Pada Perhimpunan Agung Umno lalu, Ahmad Zahid memaklumkan mengenai penubuhan sekretariat berkenaan bagi membincangkan perjalanan kerajaan.

Ini termasuk kerjasama politik serta janji-janji manifesto parti-parti kerajaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS