Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Dera anjing: Pencinta haiwan mahu pekerja MPKL diheret ke mahkamah

Seramai 25 pencinta haiwan dan wakil pertubuhan masyarakat sivil pagi ini mengadakan bantahan di hadapan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL). Mereka menuntut tindakan tegas diambil ke atas pekerja majlis itu kerana didakwa mendera lebih 100 anjing di bawah jagaannya.

Perkara itu terbongkar susulan sebuah video dan beberapa gambar yang memaparkan anjing-anjing berkenaan yang kurus kering, longlai dan dikurung di kandang MPKL yang penuh sesak di media sosial sejak bulan lalu.

Kumpulan itu, yang termasuk empat NGO dan penyelamat anjing bebas, mempersoalkan mengapa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS) tidak mengenakan pertuduhan terhadap kakitangan MPKL yang bertanggungjawab ke atas pusat kurungan itu walaupun siasatan  mendapati ia tidak mencapai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Aktivis berkenaan juga mendakwa tindakan MPKL yang cuai menjalankan tugas mereka telah menyebabkan banyak anjing liar tersebut mati, kononnya kerana tidak diberi makan secukupnya dan dijaga dengan baik.

Dr Kartini Farah Rahim, yang mewakili Malaysia Animal Kindness Society, memberitahu sidang akhbar yang diadakan sebelum protes aman hari ini berkata, mereka percaya anjing-anjing yang ditangkap itu sengaja tidak diberi makan oleh MPKL, bercanggah dengan kenyataan majlis itu sebelum ini yang mendakwa mereka memberi makanan kepada anjing tersebut sebanyak dua kali setiap hari.

“Kami ingin tahu adakah kaedah membiarkan mereka mati kelaparan adalah satu kaedah yang telah biasa digunakan, untuk memudahkan pembersihan kandang mereka agar tidak kotor dan busuk.

Dr Kartini Farah Rahim

“Atau adakah ini kaedah untuk melemahkan anjing-anjing tersebut supaya tidak bising dan tidak melawan sesama sendiri dan dengan sesiapa sahaja apabila saat mereka dimatikan?

“Atau adakah ini untuk mengurangkan kos pembiayaan untuk euthanasia, iaitu cara mematikan anjing-anjing tersebut. Adakah bajet mencukupi untuk menggunakan ubatan euthanasia, dan berapa ekorkah yang dibenarkan setahun?” soalnya.

“Dengan ini, kami mendesak DVD menyiapkan siasatan secepat mungkin dan menghadapkan pegawai-pegawai MPKL yang gagal menjaga kebajikan anjing tangkapan ke mahkamah. Pihak Jabatan Veterinar perlu memberi tarikh bila dakwaan mahkamah akan dibuat terhadap pegawai-pegawai yang cuaini.” katanya.

Pee Kang Seng

Pengerusi Be My Protector, Pee Kang Seng yang juga adalah seorang peguam, jika terdapat tindakan yang berbeza yang diamalkan oleh pihak berkuasa veterinar.

Menurutnya, undang-undang jelas mengatakan sesiapa yang melakukan kezaliman terhadap haiwan boleh didakwa di mahkamah.

“Jika kita masih ingat kes beberapa lelaki mencampak seekor anjing ke dalam mesin pengering pakaian, mereka didakwa di mahkamah. Seorang lagi lelaki yang memukul seekor anjing, dia juga pernah didakwa di mahkamah.

“Tetapi kenapa apabila melibatkan (dakwaan kezaliman ke atas) agensi kerajaan, pegawai itu tidak dibawa ke mahkamah?,” soalnya.

Awal Januari lalu, MPKL mencuri tumpuan selepas seorang pencinta haiwan merakam gambar anjing di pusat kurungan itu dan berkongsinya di media sosial.

Berikutan itu, DVS membuat lawatan ke pusat itu dan menjalankan siasatan serta mengeluarkan notis yang mengarahkan majlis itu memperbaiki keadaan kandangnya mengikut keperluan di bawah Akta Kebajikan Haiwan.

MPKL dalam satu kenyataan pada 11 Januari lalu menafikan pihaknya  mengabaikan anjing yang ditangkap tanpa penjagaan mengikut SOP  yang ditetapkan.

Katanya, semua haiwan yang ditangkap itu dijaga di pusat kurungan dengan diberi makan dua kali sehari iaitu waktu pagi dan waktu petang.

MPKL juga telah menyerahkan 110 ekor anjing yang berada di bawah jagaan mereka kepada sebuah NGO yang menawarkan diri untuk menjaga haiwan tersebut.

[Baca berita penuh]



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS