mk-logo
Berita
Sultan Johor berkenan berangkat ke kediaman rasmi PM
Diterbitkan:  Feb 4, 2023 8:44 PM
Dikemaskini: 1:04 PM

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat mengunjungi kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seri Perdana, Putrajaya hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, dengan beberapa foto turut dikongsi di platform media sosial itu.

Sultan Ibrahim turut memaklumkan bahawa kunjungan tersebut adalah bagi memenuhi undangan Perdana Menteri ke-10 itu.

Pada pertemuan itu, Anwar turut mempersembahkan taklimat kepada baginda berhubung lawatan kerja beliau ke Singapura, pada Isnin (30 Jan) lepas.

Pada sesi lawatan Ahad lepas, Anwar telah membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Halimah Yacob selain mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong.

- Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS