Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sijil A tandas mesti kekal kalau mahu perbaharui lesen
Diterbitkan:  Feb 3, 2023 5:54 PM
Dikemaskini: 9:54 AM

Pengusaha industri makanan dan minuman (F&B) di pusat bandar raya yang gagal mengekalkan Sijil A untuk tahap kebersihan tandas, tidak dibenarkan memperbaharui lesen perniagaan bermula tahun hadapan.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat kabinet semalam, sejajar dengan pendekatan tandas awam bertaraf “BMW”, iaitu Bersih, Menawan dan Wangi.

“Di peringkat kawasan bandar raya, semua pengusaha industri F&B outlet wajib mendapat sijil A untuk kebersihan tandas di restoran, hotel, warung kopi kedai mamak dan lain-lain.

“Maka dalam tempoh tiga tahun ini, kita jangka akan laksanakan dasar ini di seluruh negara, dijangka 18,000 buah tandas awam juga kita akan pastikan bersih, menawan, dan wangi, selaras dengan dasar Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan,” dia dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Nga berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Jalinan Muhibah sempena Tahun Baharu Cina 2023 di Putrajaya hari ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS