ADS
Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Bersatu, Gerakan sedia terima Khairy sebagai ahli
Diterbitkan:  Jan 28, 2023 10:50 PM
Dikemaskini: 2:50 PM

Dua parti Perikatan Nasional (PN) menyatakan kesediaan menerima Khairy Jamaluddin untuk menyertai parti mereka, kurang 24 jam selepas Majlis Tertinggi Umno mengumumkan bekas ahli parlimen Rembau itu dipecat.

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata Khairy, bersama pemimpin Umno lain yang dipecat, boleh mengemukakan permohonan mereka untuk dibincangkan oleh majlis tertinggi parti itu.

“Khairy ini orang bijak pandai dan banyak orang suka. Tetapi tidak mengapa semua (yang dipecat) ini saya kenal (jadi) terserah kepada mereka kalau mereka rasa sesuai (sertai Bersatu).

“Bukan saya nak memuji, tetapi ketika dia (Khairy) bersama saya dan kerajaan dahulu saya lantik dia jadi menteri walaupun parti tidak menamakan dia dulu. Jadi, kita kenal dia bijak orangnya dan politik pun boleh tahan matang.

ADS

"Kalau Khairy berhasrat untuk bersama menyertai (Bersatu), dia boleh buat permohonan, berbincang dan kita akan pertimbangkan secara baik,” kata Muhyiddin dipetik Astro Awani pada satu majlis di Pagoh hari ini.

Khairy pernah berkhidmat sebagai menteri sains dan teknologi semasa Muhyiddin menjadi perdana menteri.

Selepas itu dia dikekalkan dalam kabinet sebagai menteri kesihatan di bawah bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob.

Gerakan maafkan Khairy

Sementara itu, pemangku ketua pemuda Gerakan Wong Chia Zhen juga dilaporkan menawarkan Khairy untuk menyertai parti itu.

Wong menyifatkan Khairy sebagai antara "menteri paling menyerlah" semasa pandemik Covid-19.

“Kami mengalu-alukan kedatangan beliau sebagai ahli Gerakan.

“Walaupun beliau pernah memainkan isu perkauman, kononnya pengundi Melayu di Pulau Pinang tidak diberi perhatian yang cukup semasa masih lagi dalam Pemuda, kami sanggup memaafkannya.

“Kita semua manusia, manusia mesti pernah buat salah. Kami mengalu-alukan keahlian Khairy ke dalam Gerakan,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Sebaliknya, komponen PH - DAP dan PKR setakat ini tidak begitu ghairah untuk memberikan tempat kepada Khairy dalam parti mereka.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata parti itu tidak akan menerima tindakan melompat parti, manakala timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli pula berkata sebarang keputusan mesti dibuat secara kolektif sebagai sebuah parti.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS